Saturday 19 February 2011

Gotong-Royong Keceriaan Kelas 2011




Pada 19 Februari 2011, Unit HEM telah mengadakan aktiviti Gotong-royong Keceriaan Kelas 2011. Program ini yang dijalankan setiap awal tahun, bertujuan memastikan setiap kelas di dalam keadaan bersih, ceria dan tersusun untuk menjamin suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Di bawah seliaan GPK HEM, Encik Ahmad Sukri B. Abdullah, semua guru tingkatan dan para pelajar mengemas dan menceriakan kelas masing-masing, bermula pada waktu 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Suasana sangat meriah dengan keadaan para pelajar dan guru bertungkus -lumus menbersihkan kelas, diikuti aktiviti keceriaan, dengan menggunakan pelabagai peralatan dan bahan.





No comments:

Post a Comment