Visi, Misi, Logo Sekolah




VISI

Sekolah Cemerlang Searah Pembentukan Insan Seimbang Menjelang 2014

Maksud Cemerlang ialah dari aspek :

            1.  Kurikulum

1.1    Pencapaian dalam Peperiksaan PMR
         Menjelang 2014 adalah diharapkan pelajar yang menguasai semua mata pelajaran (MSMP) mencapai 95%, GPS mencapai 2.00 dan bilangan pelajar yang cemerlang mencapai 30%.

1.2             Pencapaian dalam Peperiksaan SPM
    Menjelang 2014 adalah diharapkan pelajar yang layak mendapat sijil (LMS) mencapai     100%, GPS mencapai 4.72 dan bilangan pelajar yang cemerlang mencapai 17.21%.

2. Hal Ehwal Murid

2.1  Peratus kehadiran pelajar Tingkatan 3 & 5
           Menjelang 2014 adalah diharapkan kehadiran pelajar dapat Tingkatan 3 & 5 mencapai 95%.

2.2  Masalah kekemasan diri pelajar
           Menjelang 2014 adalah diharapkan masalah kekemasan diri pelajar berkurang kepada 5%.

3. Kokurikulum

3.1   Penglibatan unit beruniform secara aktif di peringkat negeri dan kebangsaan
            Menjelang 2014 adalah diharapkan penglibatan pelajar di peringkat negeri dan kebangsaaan mencapai 85%.

3.2   Menyelenggera dan menaik taraf kebersihan dan keceriaan sekolah.
             Menjelang 2014 adalah diharapkan sekolah dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan ceria dengan kemudahan fizikal yang lebih kondusif untuk menarik minat pelajar hadir ke sekolah.

MISI

Menjadi Sekolah Yang Berkualiti Dalam Aspek :


  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Iklim dan Kecerian Sekolah

MOTO SEKOLAH

Berilmu Berdisiplin


MISI SEKOLAH

Menjadi Sekolah yang berkualiti dalam aspek
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Iklim dan keceriaan sekolah


      MAKSUD LOGO SEKOLAH


      SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK SERA
      •     Bentuk Bulat  - menggambarkan pemikiran yang bersifat global dalam menuntut ilmu demi mengangkat martabat sesuatu bangsa Malaysia.

      •     Warna Putih   - sebagai salah satu komponen penting dalam warna bendera negeri  Pahang.Ia melambanngkan sifat keikhlasan dalam menuntut ilmu.

      •     Warna Hitam - merupakan warna pelengkap kepada bendera Negeri Pahang.Warna hitam juga melambangkan kecekalan dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu.

      •     Buku Terbuka -  melambangkan ilmu yang baik sentiasa menjadi rujukan dalam mengharungi arus perdana menuju alaf baru.

      •    Roda - menggambarkan sains dan teknologi sebagai penegemudi dan pendokong kemajuan dan pembangunan.

      •    Warna hijau di sekeliling roda - melambangkan keseimbangan dan keharmonian antara kemajuan berbentuk material dan kemajuan pembentukan sikap kemanusiaan yang syumul.

      •   Perkataan Berilmu dan Berdisiplin - motto yang menjadi teras dalam melahirkan pelajar yang berkualiti.  
                                            




         PIAGAM PELANGGAN

      1.  Memastikan semua mampu menggunakan ICT.
      2.  Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terancang dan terurus.
      3.  Memastikan suasana sekolah yang kondusif.
      4. Memastikan masalah ditangani dengan penuh tanggungjawab. 
      5. Memastikan semua warga sekolah mempunyai sikap telus untuk mempertingkat kualiti dalam perkhidmatan
      6. Memberi perkhidmatan yang cekap terhadap kehendak pelanggan.
      7. Memastikan setiap warga sekolah mendapat peluang yang sama rata untuk memperkembangkan potensi dan diri.