Kata Aluan Pengetua





Bismillahirrahmanirrahim.


                         Assalamualaikaum dan Salam Sejahtera.

 Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah inayah-Nya, SMK Tok Sera Kuantan telah mampu mewujudkan laman blognya sendiri. 

 Tahniah dan syabas kepada Unit ICT, usaha gigih  dalam menjayakan usaha ini.

Melalui laman blog ini, semua pihak khususnya warga 'Tok Sera' akan dapat mengakses maklumat berkaitan perkembangan dan aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan oleh warga sekolah ini. Saya ingin mengajak warga 'Tok Sera' untuk sama-sama menyumbang pengisian laman blog ini termasuk memberi pandangan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.
'SMKTS Kuantan Menuju Kecemerlangan'