Sunday 27 February 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kokurikulum 2011


Tarikh  : 26 Februari 2011
Tempat : Dataran Ilmu SMK Tok Sera
Masa : 7.30 pagi - 04.30 petang
Anjuran : Unit Kokurikulum SMK Tok Sera


Saturday 19 February 2011

Gotong-Royong Keceriaan Kelas 2011




Pada 19 Februari 2011, Unit HEM telah mengadakan aktiviti Gotong-royong Keceriaan Kelas 2011. Program ini yang dijalankan setiap awal tahun, bertujuan memastikan setiap kelas di dalam keadaan bersih, ceria dan tersusun untuk menjamin suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Di bawah seliaan GPK HEM, Encik Ahmad Sukri B. Abdullah, semua guru tingkatan dan para pelajar mengemas dan menceriakan kelas masing-masing, bermula pada waktu 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Suasana sangat meriah dengan keadaan para pelajar dan guru bertungkus -lumus menbersihkan kelas, diikuti aktiviti keceriaan, dengan menggunakan pelabagai peralatan dan bahan.





Wednesday 16 February 2011

Aktiviti Senamrobik 2011

Pada 16 Feb 2011, aktiviti Senamrobik 2011 telah diadakan. Program anjuran Unit Kokurikulum ini bermula pada pukul 8.00 pagi, di Dataran Ilmu, dan jurulatih yang dijemput ialah Puan Surina dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
       



PERTANDINGAN SEPANDUK DAN PERBARISAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

PERTANDINGAN SEPANDUK DAN PERBARISAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011
PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH : 12 RABIUL AWAL 1432/ 15 FEBRUARI 2011
TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN


Monday 14 February 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Kokurikulum 2011


                 Tanggal 11-12 Februari 2011, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Kokurikulum 2011. Program ini merupakan pembuka tirai kepada keseluruhan program di bawah anjuran Unit Kokurikulum SMK Tok Sera. Bertempat di Dataran Ilmu dan Dewan Sekolah, seramai 65 orang pemimpian tertinggi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, dan Suakn Permainan telah menyertai kursus ini. 
                 Kursus ini bermatlamat melahirkan pemimpin yang berpengetahuan, berkualiti dan berwibawa dalam membantu pentadbiran sekolah menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih menarik dan bersistematik.